Polis Kelantan perbanyak rondaan menjelang pembukaan sempadan

Muhamad Zaki (tengah) bersama Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad (kiri) melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Tumpat, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Muhamad Zaki (tengah) bersama Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad (kiri) melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Tumpat, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
A
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan meningkatkan rondaan di kawasan antara Malaysia dan Thailand menjelang pembukaan semula sempadan negara pada 1 April ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tugasan rondaan itu lebih memberi fokus kepada pencegahan penularan Covid-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain mengekang penyeludupan.

“Rondaan akan dilakukan secara lebih ketat daripada biasa apabila pintu sempadan dibuka nanti untuk memastikan pematuhan SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

“Dijangka berlaku pertambahan keluar masuk dan polis bersiap siaga dengan segala kemungkinan termasuk mengekang aktiviti penyeludupan melalui jalan darat atau air,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sempadan di Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad.

Kata Muhamad Zaki, lebih 500 kekuatan anggota termasuk PPM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat memastikan sempadan negara terkawal.

“Rondaan yang dipertingkatkan itu akan turut dilakukan di 92 pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand,” katanya.

Pada Selasa, kerajaan memutuskan membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

Artikel Berkaitan:

Keputusan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.