Calon PH DUN Skudai positif Covid-19

Marina (kiri) mengesahkan beliau positif Covid-19 melalui ujian kendiri pada Isnin lepas. Foto: Facebook Marina
Marina (kiri) mengesahkan beliau positif Covid-19 melalui ujian kendiri pada Isnin lepas. Foto: Facebook Marina
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim disahkan positif Covid-19 melalui ujian kendiri pada Isnin lepas.

Perkara itu disahkan oleh Marina menerusi hantaran pada akaun Twitter rasminya pada Rabu dan turut memaklumkan beliau sedang menjalani kuarantin di rumah serta menunggu hasil ujian RT-PCR.

Bagaimanapun beliau berkata, semangatnya untuk meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak luntur dan akan meneroka cara lain termasuk media sosial untuk berhubung dengan pengundi Skudai dalam tempoh kuarantin.

"Saya berharap anda semua akan terus memberi sokongan kepada saya dan pasukan kempen saya sehingga hari pengundian nanti. Pasukan saya akan meneruskan kempen walaupun dengan ketiadaan saya secara fizikal," menurut hantaran tersebut.

Marina berdepan pertandingan tiga penjuru antara Lim Soon Hai yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN) Khoo Kong Ek.

PRN Johor akan diadakan Sabtu ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: