25.5 juta penonton saksi kejayaan Leftenan Zana

 Leftenan Zana Foto: TV3
Leftenan Zana Foto: TV3
A
A
A

SIAPA sangka percubaan berani JS Pictures Sdn Bhd menampilkan jalan cerita berkisarkan ketenteraan mendapat sambutan hangat para peminat drama tempatan.

Ini terbukiti apabila drama Leftenan Zana, lakonan Janna Nick berjaya meraih 11. 5 juta penonton, jumlah rating terkumpul sepanjang 16 episod sejak mula bersiaran 8 Februari lalu. Manakala untuk episod akhir pada 15 Mac lalu pula mencecah 4 juta tontonan.

Lebih membanggakan lagi, jumlah terkumpul tontonan di laman Youtube @TV3Malaysia dan Drama Sangat Official juga mencecah 14 juta tontonan menjadikan secara keseluruhannya 25.5 juta mengikuti perjalanan Zana mengejar impiannya untuk menjadi anggota Angkatan Tentera Malaysia.

 Leftenan Zana Foto: TV3
Leftenan Zana Foto: TV3

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam Leftenan Zana menjadi antara sebab utama drama ini diterima ramai.

“Kami amat berterima kasih kepada para penonton atas sokongan tanpa henti walaupun ada mengatakan gimik pergaduhan di antara penerbit dan pelakon membantu menaikkan lagi jumlah tontonan drama ini. Tetapi jika jalan ceritanya tidak bagus, lakonan para pelakonnya tidak mantap tidak mungkin drama ini mendapat 22.5 juta tontonan secara keseluruhannya.

“Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton. Terima kasih atas penerimaan yang sangat baik bagi genre drama sebegini dan kami akan berusaha untuk membawakan lagi pelbagai variasi drama menarik untuk anda di masa hadapan dan kekal sebagai stesen televisyen nombor 1 negara,” katanya.

Berakhirlah sudah perjalanan penuh liku Zanariah atau Leftenan Zana demi membuktikan dia juga boleh menjadi seorang anggota tentera yang hebat seperti bapanya, Mejar (B) Rahmat. Zana berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan ditempatkan di Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama Raz.

Artikel Berkaitan:

Leftenan Zana dibintangi oleh Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman, Aprena Manrose dan lain-;ain.