PBM sedia kerjasama dengan kerajaan negeri baharu

Steven (kanan) mengadakan sidang akhbar sempena pelancaran manifesto PBM bagi menghadapi PRN Johor kdi Pejabat PBM, Taman Daya, Johor Bahru, pada Selasa
Steven (kanan) mengadakan sidang akhbar sempena pelancaran manifesto PBM bagi menghadapi PRN Johor kdi Pejabat PBM, Taman Daya, Johor Bahru, pada Selasa
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia bekerjasama dengan gabungan politik yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan berjaya menubuhkan kerajaan negeri.

Naib Presiden Kanan PBM, Steven Choong Shiau Yoon berkata, kerjasama politik itu bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBM yang menang dapat berkhidmat dengan lebih berkesan di kawasan mereka.

Beliau yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu berpendapat, perkara tersebut hanya boleh dilaksana sekiranya gabungan politik berkenaan bersetuju.

"Memang kita hanya bertanding di empat kerusi DUN dan sekiranya kami ada wakil, kita akan sokong kerajaan negeri baharu kerana itu kaedah terbaik untuk menyumbang secara positif kepada rakyat," katanya ketika sidang akhbar sempena pelancaran manifesto PBM untuk PRN Johor di sini pada Selasa.

Tiga calon PBM yang lain ialah Muhammad Hanis Asmui Md Salleh yang bertanding di kerusi DUN Maharani, Mohd Azmi Ali (DUN Tiram) dan Muhammad Saiful Bahari Sahari (DUN Stulang).

Steven yang merupakan Pengerusi PBM Johor dan Ahli Parlimen Tebrau turut mengakui pesaing terdekatnya bagi kerusi DUN Puteri Wangsa ialah calon daripada Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar sama, Steven turut memaklumkan tujuh perkara utama menjadi manifesto parti berkenaan termasuk mewujudkan polisi 'fast-track' bagi pelabur yang berminat menjalankan perniagaan di Johor, memberi kemudahan 'visa on arrival' kepada pelabur China kerana melihat negara itu sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia ketika ini.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my