Seorang pekerja kuari dikhuatiri tertimbus

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada salah seorang pekerja yang terselamat dalam kejadian runtuhan batu kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai pada Selasa. -Foto ihsan Bomba Perak
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada salah seorang pekerja yang terselamat dalam kejadian runtuhan batu kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai pada Selasa. -Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Tiga lelaki terselamat manakala seorang lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.40 pagi.

"Setibanya di lokasi, kami dimaklumkan terdapat empat mangsa namun dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala seorang cedera parah dan seorang lagi dilaporkan hilang.

“Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) telah dipanggil untuk membantu operasi mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu kuari,” katanya

Artikel Berkaitan: