Covid-19: 26,856 kes baharu, 30,726 sembuh pada Isnin

KKM mencatatkan sebanyak 26,856 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 3,649,463. Foto hiasan
KKM mencatatkan sebanyak 26,856 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 3,649,463. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 26,856 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 3,649,463.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 26,645 kes tempatan dan 211 kes import.

Ujar beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 26,668 kes yang dilaporkan atau 99.3 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan, manakala sebanyak 189 kes atau 0.7 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak sebanyak 10,160 kes atau 37.83 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 16,508 kes atau 61.47 peratus adalah pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 81 kes (0.3 peratus), kategori empat dengan 57 kes (0.21 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 50 kes (0.29 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 188 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 63 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“80 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 45 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 103 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 83 kes lagi mempunyai komorbid dan tiga melibatkan kes ibu mengandung.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak lapan kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 445.

"Sebanyak 368 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 153 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 215," katanya.

Jelas beliau, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 223 kes dilaporkan dengan 81 kes disahkan Covid-19 dan 142 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 30,726 kes sembuh pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,311,854 kes setakat ini.

Dalam masa sama, tujuh negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Kelantan mendahului sebanyak 73 peratus, Putrajaya (67 peratus), Kuala Lumpur (62 peratus), Johor (61 peratus), Selangor (60 peratus), Perak (53 peratus) dan Labuan (57 peratus).