'Ingat tali, rupanya ular tedung'

Anggota APM menunjukkan ular tedung yang ditangkap di rumah Hirwani di Taman Pertama pada Isnin. Foto: APM
Anggota APM menunjukkan ular tedung yang ditangkap di rumah Hirwani di Taman Pertama pada Isnin. Foto: APM
A
A
A

LIPIS - "Saya ingatkan tali, rupa-rupanya ular tedung," kata seorang pengusaha katering yang menemui seekor ulang tedung hitam di bawah di bawah peti ais di rumahnya di Taman Pertama ketika sedang mengemas bahagian dapur.

Hirwani Azman, 40, berkata, dia mula menyedari objek berkenaan ialah seekor reptilia berbahaya selepas ular itu bergerak di bawah almarinya.

"Saya kemudian segera menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebaik sahaja menyedari objek berkenaan ialah seekor ular tedung," katanya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.20 tengah hari.

"Seramai lima anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap ular sepanjang satu meter dengan berat kira-kira 0.5 kilogram menggunakan alat seperti pencangkuk ular serta penyepit," jelasnya.

Tambahnya, APM mengambil masa kira-kira 10 minit menangkap reptilia tersebut dan tiada kecederaan berlaku ketika kejadian.

Artikel Berkaitan: