7 maut puting beliung landa Iowa, AS

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terbunuh selepas puting beliung melanda beberapa daerah di Iowa, Amerika Syarikat pada hujung minggu, lapor Xinhua.
Enam orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh manakala empat lagi cedera di Madison County, menurut agensi kecemasan tempatan di twitter pada Sabtu.
Sementara itu puluhan rumah di daerah itu turut rosak atau musnah.
Menurut agensi cuaca, kelajuan angin dicatatkan antara 218 dan 266 kilometer sejam.
Amaran puting beliung turut dikeluarkan di kawasan Arkansas, tenggara Oklahoma dan selatan Missouri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
