RM1.7 juta diperuntuk kepada mangsa banjir di Terengganu

Keadaan banjir di sekitar Jalan Kubang Kurus-Bukit Mentok, Chukai, Kemaman baru-baru ini. - Foto: Bernama
Keadaan banjir di sekitar Jalan Kubang Kurus-Bukit Mentok, Chukai, Kemaman baru-baru ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KEMAMAN - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui pelbagai agensi di bawahnya memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta bagi membantu penduduk Terengganu yang terjejas banjir baru-baru ini.

Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, melalui peruntukan khas tersebut, lebih 7,000 isi rumah yang terjejas banjir di negeri itu bakal menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

"Bajet bantuan ini pula kita akan salurkan kepada agensi-agensi terlibat di negeri ini seperti Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu). Kemudian agensi-agensi ini akan agihkan kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Tabung Musaadah Banjir Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), di Kampung Seberang Tayor Hulu pada Isnin.

Pada majlis tersebut Idris menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM300 dan barangan keperluan harian kepada 200 mangsa banjir di sekitar Kemaman. - Bernama

Artikel Berkaitan: