Polis siasat insiden 20 kucing mati disyaki diracun

(Gambar kecil: Abdul Rozak) Polis menyiasat insiden 20 ekor kucing mati dipercayai diracun dalam kejadian di kawasan peranginan sekitar Pantai Bukit Keluang disini, pada Ahad. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
(Gambar kecil: Abdul Rozak) Polis menyiasat insiden 20 ekor kucing mati dipercayai diracun dalam kejadian di kawasan peranginan sekitar Pantai Bukit Keluang disini, pada Ahad. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

BESUT - Polis menyiasat insiden 20 ekor kucing mati dipercayai diracun dalam kejadian di kawasan peranginan sekitar Pantai Bukit Keluang disini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar jam 10 pagi pada Ahad memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa ekor kucing mati di sekitar pantai tersebut dimana dua daripadanya mati berdekatan pesisiran pantai manakala 13 ekor lagi mati di atas tanah berdekatan pokok," katanya dalam kenyataan disini, pada Isnin.

Menurut Abdul Rozak, pengadu percaya kematian kucing-kucing itu berpunca daripada perbuatan khianat oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab

"Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut.

"Sebanyak 15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan.

Kucing yang telah mati itu telah ditanam di kawasan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Abdul Rozak, Pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu telah hadir di lokasi kejadian.

"Kesemua bangkai kucing yang telah ditanam digali semula bagi mengambil sampel untuk dianalisa," katanya.