804 mangsa bencana masih di PPS

Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 804 mangsa bencana masih ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Selangor setakat jam 8 malam Ahad.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi portal bencana melaporkan, daripada jumlah itu sebanyak 229 keluarga terlibat membabitkan 226 keluarga di Kelantan dan selebihnya di Selangor.

Portal itu turut melaporkan di Kelantan, mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periuk membabitkan tiga keluarga manakala 11 keluarga di SK Kedai Tanjung 212 keluarga di SK Tok Deh.

Menurut portal itu juga, mangsa tanah runtuh di Selangor ditempatkan di Dewan Seri Siantan, Gombak melibatkan 14 mangsa daripada tiga keluarga.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Jeli dan Gua Musang di Kelantan.

Selain itu amaran tersebut turut melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang) Sarawak (Kuching) dan Sabah (Sipitang, Tenom dan Nabawan).

Artikel Berkaitan: