Pembakaran terbuka, pelaku boleh dikompaun hingga RM2,000

Pembakaran terbuka yang dikesan di Johan Setia Klang sewaktu rondaan harian dijalankan penguat kuasa JAS.
Pembakaran terbuka yang dikesan di Johan Setia Klang sewaktu rondaan harian dijalankan penguat kuasa JAS.
A
A
A

KLANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengingatkan orang awam agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan boleh dikompaun sehingga RM2,000.

JAS menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, pihaknya mengesan terdapat aktiviti pembakaran terbuka berhampiran kawasan pertanian sewaktu rondaan dijalankan di Johan Setia di sini.

Menurutnya, aktiviti tersebut dipercayai bagi tujuan penanaman sayur.

"Pegawai penguat kuasa telah mengarahkan pemadaman dilakukan serta-merta dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa JAS Selangor.

"Orang ramai diingatkan bahawa aktiviti pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali, pelaku boleh dikompaun maksimum sehingga RM2,000," katanya pada Jumaat.

Jelas kenyataan itu, jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pelaku boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: