Anggota JPJ nyaris maut dilanggar lori mengundur

Lori yang mengalami masalah brek mengundur secara tiba-tiba hingga melanggar kenderaan JPJ dalam kejadian di Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam pada Rabu.

A
A
A

SHAH ALAM - Tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nyaris maut dilanggar lori yang mengundur dalam kejadian di Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, di sini pada Rabu.

Difahamkan, kejadian jam 12.46 tengah hari itu berlaku ketika pemandu lori berusia 43 tahun itu pergi membeli air dan meninggalkan lori yang mengalami kerosakan brek di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semasa kejadian dua daripada anggota JPJ menuju lori tersebut untuk mengeluarkan saman manakala seorang lagi anggota iaitu pemandu berada di dalam kenderaan peronda terbabit.

Kenderaan JPJ rosak teruk di bahagian depan selepas dilanggar lori yang mengundur akibat masalah brek dalam kejadian di Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, pada Rabu.

"Lori yang mengalami masalah brek itu telah mengundur dengan sendiri dan melanggar kenderaan di belakang lori terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, kenderaan JPJ turut berundur sehingga berpusing lalu melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri manakala lori itu terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dialami ketiga-tiga anggota JPJ terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikit Rule 14 (1) (b) LN 166/59 kerana tidak memasang brek semasa meninggalkan kenderaan.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744," ujarnya.