Anwar bidas janji BN kepada generasi kedua Felda

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KOTA TINGGI - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas janji yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam isu penyelesaian penempatan generasi kedua peneroka Felda.

Katanya, perkara tersebut telah berulang kali dimainkan oleh parti dan gabungan tersebut setiap kali pilihan raya namun penyelesaiannya dilihat masih belum ditemui.

“Tiap kali pilihan raya, UMNO dan BN akan uar-uarkan nak selesai. Tapi belum (selesai). Almarhum Tun Abdul Razak yang memberikan gagasan besar Felda untuk bantu rakyat miskin.

"Malangnya bawah anak dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan FGV (Holdings Berhad) masalah Felda ini (jadi) balik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, di sini, pada Khamis.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, isu penempatan generasi kedua Felda itu sentiasa dibangkitkan oleh ahli Parlimen gabungan tersebut di Dewan Rakyat kerana ia merupakan satu agenda yang belum selesai.

Katanya, perubahan struktur pada agensi tersebut perlu dilaksanakan bagi memastikan kebajikan peneroka termasuk dalam isu membabitkan jaminan terhadap kumpulan generasi kedua Felda.

“Cuma nasib baik sekarang ini harga kelapa sawit ini naik. Tapi kita bergantung nasib di situ sahaja. Dia turun, lingkup kita. Kalau naik selesa sekejap. tapi yang nak kita ubah itu struktur dia termasuk jaminan untuk generasi kedua (Felda),” ujarnya.

Artikel Berkaitan: