Penganggur didakwa bunuh Nur Aisyah Aleya

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun.

Ramlan Abdul Rashid, 37, dituduh membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah di kuaters Hospital Langkawi antara jam 9 hingga 10 pagi pada 23 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Qatrin Nada Harun mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Majistret Langkawi, Mohd Ridzwan Salleh.

No Image Caption

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada bapa kepada lima anak berusia antara 3 hingga 12 tahun tersebut.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei depan, bagaimanapun tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang dalam jagaan pasangan suami isteri di Kuaters Hospital Langkawi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kehilangan Nur Aisyah Aleya terjawab apabila mayat kanak-kanak malang itu ditemui di Gunung Raya, Langkawi, susulan penahanan suspek di sebuah inap desa di Ampang.