KL City tekad lebih garang

Antara aksi menarik KL City menentang JDT dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.
Antara aksi menarik KL City menentang JDT dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.
A
A
A

JUARA Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) menyasarkan menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas Liga Super selain mara lebih jauh dalam saingan Piala AFC musim ini.

Selain itu juga, menurut Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, The City Boys pada masa sama mahu memperbaiki pencapaian liga pada musim lalu.

“Bagi kita, sasaran musim ini adalah untuk memperbaiki pencapaian musim lalu di mana kita menamatkan saingan Liga Super pada kedudukan keenam dan tahun ini pada kedudukan kelima.

“Selain itu, dalam saingan Piala AFC kita tidak letakkan sasaran, cuma kita paling gembira apabila dipilih sebagai tuan rumah dan kita nak tengok sejauh mana kita mampu mara kali ini.

“Cuma apa yang buat kita paling gembira adalah kita dipilih sebagai tuan rumah dan apabila beraksi di laman sendiri, ia adalah satu kelebihan. Selain itu mungkin juga kita boleh lakukan tugas yang baik selaku tuan rumah kali ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Untuk rekod, KL City diundi dalam Kumpulan H Piala AFC bersama kelab Indonesia PSM Makassar dan Tampines Rovers (Singpura), dengan kesemua perlawanan bakal berlangsung di Kuala Lumpur mulai 24 hingga 30 Jun depan.

Mengulas mengenai PSM Makassar dan Tampines Rovers, Stanley Bernard mengakui bahawa The City Boys kendalian Bojan Hodak itu tidak pernah berdepan dengan kedua-dua kelab berkenaan sebelum ini.

“Walaupun tidak pernah bertemu tetapi kita tahu kedua-duanya bukanlah kelab yang terlalu kuat dan juga bukanlah kelab yang terlalu lemah. Kekuatan mereka setara dengan kita dan buat kali pertamanya kita akan berdepan dengan mereka dalam saingan Piala AFC kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin sedikit kelebihan yang kita miliki adalah ketua jurulatih kita, Bojan Hodak pernah mengendalikan PSM Makassar sebelum dia datang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Sabtu lalu, Stanley Bernard menegaskan keputusan perlawanan itu bukan ukuran sebenar kekuatan KL City musim ini.

“Perlawanan menentang JDT sebenarnya merupakan sebahagian daripada persiapan KL City selain memberikan peluang untuk bedah siasat bagi menilai kekuatan dan kelemahan The City Boys kali ini,” katanya.