Tipu wang koperasi: Bekas Pengarah SKM mengaku tidak bersalah

A
A
A

KUANTAN - Pengarah pengurusan dana dan pelaburan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan melakukan penipuan sebanyak RM5,000 pada tiga tahun lalu.

Mohammad Zawawi Mahmud,56 bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Mengikut kertas pertuduhan, dia dengan curang mendorong Ketua Unit Promosi dan Pengembangan SKM negeri, Fadzlurahman Zainudin, menyerahkan RM5,000 peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi untuk pengurusan Seminar Usahawan Muda Berkoperasi Daerah Rompin di kampus Universiti Tenaga Nasional Berhad (TNB) Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin pada 18 Oktober 2016.

Seminar itu bagaimanapun tidak dianjurkan pada tarikh dimaklumkan tertuduh kepada Fadzlurahman.

Tertuduh yang ketika itu merupakan bekas Pengarah SKM Negeri Pahang, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SKM Kuantan pada 10 Oktober 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry, yang menawarkan RM15, 000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, Ahmad Rosdi yang diwakili oleh peguamnya, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman, memohon supaya jumlah itu dapat dikurangkan kerana tertuduh telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan berjanji akan hadir ke mahkamah sepanjang perbicaraan.

"Tertuduh juga perlu menyara isteri dan seorang anak di samping walaupun jarak jauh dari Kuala Lumpur ke Kuantan, dia tetap hadir ke mahkamah bagi memberi kerjasama yang sepenuhnya

Artikel Berkaitan:

"Saya meminta budi bicara mahkamah supaya memberi jaminan yang munasabah dan anak guam saya miliknya," katanya.

Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib memutuskan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.