Guna lori bantu bawa keluar mangsa banjir

Lori digunakan bagi membantu penduduk terjejas banjir di Rantau Panjang sejak Sabtu lalu.
Lori digunakan bagi membantu penduduk terjejas banjir di Rantau Panjang sejak Sabtu lalu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seramai 50 kakitangan dan 10 lori digerakkan oleh Syarikat Bina Mekar Sdn Bhd bagi membantu penduduk yang terjejas banjir sejak Sabtu lalu.

Pembantu Jentera Bina Mekar Sdn Bhd, Aiman Afif Mohamed Kamal berkata, lori jenis Sinotruck itu digunakan untuk membawa keluar mangsa banjir menerusi kerjasama dengan pasukan penyelamat.

"Selain lori, kita turut mengerahkan kakitangan untuk turun padang membantu penduduk setempat dan pihak berkuasa sepanjang banjir melanda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, bantuan tersebut dihulurkan selepas pihak syarikat menerima panggilan dari pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pasir Mas untuk membantu mangsa banjir.

Aiman Afif berkata, pihaknya gembira dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh penduduk terjejas.

Katanya, tindakan ini merupakan salah satu khidmat sosial bagi membantu mangsa banjir.

Banjir yang melanda Rantau Panjang sejak Sabtu lalu hanya boleh dilalui lori sahaja.

Namun keadaan tersebut sudah beransur pulih pada Rabu apabila kenderaan ringan sudah boleh masuk ke pekan tersebut.

Artikel Berkaitan: