17,384 mangsa banjir di Terengganu

Seramai 17,384 mangsa banjir Terengganu masih ditempatkan di 86 PPS setakat jam 8 pagi Rabu.
Seramai 17,384 mangsa banjir Terengganu masih ditempatkan di 86 PPS setakat jam 8 pagi Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Hari keenam banjir gelombang kelima di Terengganu merekodkan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 17,384 orang berbanding 16,337 pada petang Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, sehingga jam 8 pagi Rabu, sebanyak 4,549 keluarga masih ditempatkan di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah negeri ini.

Menurutnya, Kemaman kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan seramai 9,245 mangsa dari 2,358 keluarga sudah dipindahkan ke 27 PPS.

“Di Hulu Terengganu, jumlah mangsa banjir adalah seramai 3,845 diikuti Dungun (2,795 orang), Kuala Nerus (502 orang), Kuala Terengganu (490 orang), Besut (355 orang) dan Setiu (152 orang).

“Kita jangkakan keadaan banjir akan bertambah baik hari ini berikutan semua daerah tidak mengalami hujan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, banjir di Marang pulih sepenuhnya apabila PPS terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan ditutup secara rasmi pada jam 4 petang Rabu selepas lima penduduk berada di sana pulang ke rumah.

Artikel Berkaitan: