319 calon SPM di empat sekolah terjejas banjir dipindahkan

Sebahagian daripada 160 pelajar tingkatan lima yang tinggal fi asrama SM Imtiaz dan SMA Mahmudiah, Kuala Berang dipindahkan ke PPS berdekatan.
Sebahagian daripada 160 pelajar tingkatan lima yang tinggal fi asrama SM Imtiaz dan SMA Mahmudiah, Kuala Berang dipindahkan ke PPS berdekatan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 319 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di empat buah sekolah terjejas banjir di daerah Hulu Terengganu dan Kemaman dipindahkan untuk menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan lain.

Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kesemua calon berkenaan merupakan 131 pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah, Sekolah Menengah Imtiaz (63), Madrasah Moden (41) di Hulu Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih (84) di Kemaman.

"Calon-calon berkenaan telah dipindahkan ke SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, SM Imtiaz, SMA Khairiah di Kuala Terengganu dan SMK Cheneh Bharu di Kemaman.

"Kesemua pelajar ini adalah pelajar yang tinggal di asrama di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan yang terjejas banjir di dua daerah itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, katanya, hanya pelajar yang benar-benar terjejas akan diberi kelonggaran untuk berpakaian biasa ketika mengambil peperiksaan.

"Mana-mana pelajar terjejas yang hilang pakaian sekolah kerana dihanyutkan air atau dokumen penting seperti kad pengenalan dan sebagainya diberikan kelonggaran.

"Ada juga sekolah yang menyediakan pakaian seragam di sekolah dan pelajar boleh menukarkan pakaian apabila tiba di sekolah untuk mengambil peperiksaan," katanya.

Berdasarkan rekod seramai 18,815 calon yang akan menduduki peperiksaan SPM di seluruh Terengganu pada Rabu.

Artikel Berkaitan: