Lima rumah penduduk dihanyut banjir

Keadaan banjir terkini di Kampung Tersang, Rantau Panjang sehingga menyebabkan lima buah rumah dihanyut oleh arus deras pada Selasa.
Keadaan banjir terkini di Kampung Tersang, Rantau Panjang sehingga menyebabkan lima buah rumah dihanyut oleh arus deras pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Lima buah rumah milik penduduk Kampung Tersang di sini hilang selepas dihanyutkan arus banjir pada Selasa.

Penghulu Mukim Tanah Putih, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, situasi tersebut berlaku di luar jangkaan apabila air naik lebih tinggi berbanding tahun 2014 lalu.

"Apa yang berlaku ini sangat mengejutkan. Saya jangkakan lebih daripada lima buah rumah milik penduduk yang hanyut.

"Buat masa ini saya tidak dapat membuat semakan kerana situasi kawasan itu sangat bahaya. Lagipun air sangat deras serta kedalamanya mencecah hingga 3 meter," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, selain Tersang, Kampung Bawah Lemah; Gual Periok, Gual Nibong dan Kampung Luar turut terjejas dengan teruk akibat banjir.

Keadaan banjir terkini di Kampung Tersang, Rantau Panjang sehingga menyebabkan lima buah rumah dihanyut oleh arus deras pada Selasa.
Keadaan banjir terkini di Kampung Tersang, Rantau Panjang sehingga menyebabkan lima buah rumah dihanyut oleh arus deras pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bancian secara terperinci akan dilakukan sebaik sahaja air mulai surut sepenuhnya.

Sementara itu, penduduk Tersang, Nori Azila Rosli, 33, berkata banjir yang melanda tahun ini disifatkan luar biasa malah lebih teruk berbanding 2014 lalu sehinggakan ramai yang masih trauma dengan situasi tersebut.

Katanya, sejak banjir melanda dia terpaksa menumpang di rumah saudara mara di Kampung Jakar sementara menunggu air kembali surut.

"Buat masa ini rumah saya hanya tinggal bumbung sahaja walaupun sudah dibina dua tingkat. Paling menyedihkan jiran kami Junaidah Awang Senik, 55, kehilangan rumah disewanya selepas dihanyutkan arus deras.

"Saya dimaklumkan rumah Junaidah hanyut dan tersangkut pada rumah jiran di hadapan. Setakat ini saya tidak tahu di mana Junaidah berada kerana kami tidak dapat berhubung sejak Sabtu apabila bekalan elektrik terputus dan sukar untuk mengecas telefon," katanya.