Pesawah moden mampu jana pendapatan lumayan

Salahuddin (empat, kiri) bergambar bersama pemenang.
Salahuddin (empat, kiri) bergambar bersama pemenang.
A
A
A

SERI KEMBANGAN- Pesawah moden membuktikan hasil titik peluh sendiri mampu membawa pulangan lumayan sehingga mencecah lima angka mengikut musim.

Pesawah muda, Muhammad Fadhlan Suhaimi, 29 berkata, dia mula mengusahakan tanah sawah seluas 12 hektar peninggalan datuknya bersama seorang pekerja sejak tiga tahun lalu.

Anak muda dari Pasir Putih Kelantan itu membuktikan ketiadaan pengalaman bukan penghalang buatnya menceburi bidang itu.

"Keluarga dan rakan yang cadangkan supaya saya usahakan sawah padi daripada tak berbuat apa-apa. Saya mula turun selepas arwah datuk meninggal dunia dan tanahnya terbiar.

"Saya memang tidak tahu pasal padi tapi banyak merujuk dengan orang berpengalaman tentang penyakit padi dan penggunaan baja sesuai," katanya yang menerima Anugerah Pesawah Belia di Anugerah Tani Bernas 2019 bertempat di Hotel Palace of The Golden Horses, kelmarin.

Anugerah disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Turut hadir Pengerusi Bernas, Megat Joha Megat Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan:

Barisan pemenang bergambar bersama Salahuddin.
Barisan pemenang bergambar bersama Salahuddin.

Sebanyak 11 anugerah dipertandingkan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu pesawah dan pengilang.

Muhammad Fadhlan yang mempunyai Sijil Elektronik dari Kolej Komuniti Kuantan berharap penghargaan diberikan itu menyuntik semangatnya untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

"Insya-ALLAH saya akan usaha meningkatkan lagi hasil pengeluaran dan menambah pendapatan bagi membolehkan saya membeli jentera yang lebih canggih," katanya.

Pemenang Anugerah Srikandi Noorshamsina Shamsul, 35 berkata, dia tidak menyangka cabaran buat dirinya.

"Selepas uruskan anak-anak ke sekolah saya akan turun ke bendang memantau apa-apa kerja yang boleh dilakukan," katanya.