Tiada elemen jenayah dikesan

Polis mengesahkan kematian seorang pegawai mereka tidak membabitkan jenayah.
Polis mengesahkan kematian seorang pegawai mereka tidak membabitkan jenayah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejadian seorang pegawai polis berpangkat inspektor dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing pada Ahad tidak membabitkan sebarang elemen jenayah.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai yang mengesahkan perkara itu berkata, bedah siasat mendapati punca kematian ialah tembakan di kepala.

"Beberapa individu termasuk rakan serta keluarga pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk dirakam percakapan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Polis sebelum ini memaklumkan pegawai berusia 35 tahun itu merupakan pegawai berintegriti tinggi, mempunyai prestasi kerja yang baik dan disenangi rakan.

Pegawai itu pernah mendapat pujian daripada kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia dan menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara kerana menolak suapan.

Artikel Berkaitan: