7,625 mangsa banjir masih berada di 47 PPS di Kelantan

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan ke PPS. sehingga jam 8 pagi Selasa - Foto: Ihsan pembaca
Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan ke PPS. sehingga jam 8 pagi Selasa - Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun hanya mengalami hujan di beberapa tempat, namun jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini masih tinggi.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sehingga jam 8 pagi Selasa, seramai 7,625 mangsa banjir dipindahkan ke 47 buah PPS di enam buah daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Pasir Puteh, Machang dan yang paling tinggi ialah Pasir Mas.

Jumlah tersebut adalah dari 2,491 keluarga yang terdiri daripada 4,774 dewasa, 2,648 kanak-kanak, 203 bayi, 413 warga emas dan 47 orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, menurut portal Mypublic Infobanjir, dua sungai utama masih di paras amaran iaitu Kampung Temangan di Machang mencatatkan bacaan 16.75 meter dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah pula 23.1 meter.

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah, namun kawasan-kawasan berisiko masih ditenggelami air terutamanya di jajahan Pasir Mas.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk berpindah dan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di PPS.

Artikel Berkaitan: