Ukraine 'jemput' sertai perjuangan menentang Rusia

Zelenskyy menerima 'tabik hormat' pemimpin Barat kerana mahu mempertahankan Ukraine. - Foto Agensi
Zelenskyy menerima 'tabik hormat' pemimpin Barat kerana mahu mempertahankan Ukraine. - Foto Agensi
A
A
A

KIEV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengalu-alukan warga asing yang dianggap sebagai 'sahabat keamanan dan demokrasi' untuk bersama-sama menyertai misi memerangi pencerobohan Rusia.

'Jemputan' oleh Zelenskyy itu turut dipaparkan menerusi laman web Presiden Ukraine pada Ahad yang menjelaskan pasukan tentera mereka sedang dalam proses menubuhkan unit legion asing yang dikhaskan untuk sukarelawan antarabangsa.

"Sesiapa yang mahu menyertai usaha mempertahankan Ukraine, Eropah dan dunia boleh datang ke Kiev serta berjuang bersama tentera Ukraine untuk menentang penjenayah perang Rusia," ujar kenyataan itu lagi.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba juga mengulangi seruan itu di Twitter dan menjelaskan individu yang berminat boleh menghubungi atase pertahanan di Kedutaan Ukraine di negara masing-masing.

Sebagai menyahut panggilan dari Kiev, forum Reddit digelar sebagai 'volunteersForUkraine' telah menjadi platform kepada sebahagian individu untuk menawarkan 'tips tempur' dan tawaran untuk membiayai tiket penerbangan ke Ukraine.

"Saya baru menamatkan tugas beberapa bulan lalu dan merancang untuk menjual kereta saya. Wang itu kemudiannya akan digunakan untuk membeli peralatan dan tiket penerbangan ke Kiev.

"Kepada sesiapa yang tiada pengalaman tempur seperti saya, bersedialah untuk gugur di medan perang," kata salah seorang pengguna yang mendakwa dirinya sebagai veteran pasukan tentera udara Amerika Syarikat (AS) yang menetap di California.

Ketika ini, Denmark menjadi negara pertama menerima 'jemputan' tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah pilihan yang boleh dibuat sesiapa sahaja. Kami membenarkan rakyat negara ini untuk menyertai briged antarabangsa di Ukraine," kata Perdana Menteri, Mette Frederiksen.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Ukraine mendakwa pihak musuh telah memperlahankan rentak serangan mereka, namun masih cuba menguasai beberapa kawasan. - Agensi