Banjir: Empat balai, pondok polis di Terengganu ditutup

Keadaan Balai Polis Kuala Jengai yang dilimpahi air banjir.
Keadaan Balai Polis Kuala Jengai yang dilimpahi air banjir.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Sebanyak tiga balai dan sebuah pondok polis di Terengganu terpaksa ditutup selepas dinaiki air susulan banjir yang melanda negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, penutupan itu melibatkan Balai Polis Manir di Kuala Terengganu, Balai Polis Kuala Jengai di Dungun dan Balai Polis Air Putih di Kemaman.

“Turut dinaiki air adalah Pondok Polis Pasir Raja di Dungun namun paling teruk terjejas adalah Balai Polis Kuala Jengai.

“Bagaimanapun semua aset yang terdapat di balai dan pondok polis terlibat berada dalam keadaan selamat,” katanya di sini.

Setakat ini, banjir gelombang kelima di Terengganu menjejaskan 13,530 penduduk di lapan daerah iaitu Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Sebanyak 173 pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka bagi menempatkan 3,757 keluarga yang terjejas banjir di seluruh negeri dengan Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,857 orang.

Artikel Berkaitan: