Remaja korban kedua banjir di Kelantan

Seorang remaja menjadi mangsa kedua banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, Kota Bharu pada Ahad.
Seorang remaja menjadi mangsa kedua banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang remaja menjadi mangsa kedua banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, di sini pada Ahad.

Mayat Muhammad Fazly Kamri, 13, dijumpai jam 10 malam oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dia dipercayai hilang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja berkenaan dikatakan telah tergelincir masuk ke dalam tali air semasa menunggang basikal.

"Jadi nasihat saya kepada ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Lati pada Isnin.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa dikatakan menunggang basikal bersama dua sepupunya untuk ke rumah nenek mereka tidak jauh dari rumah masing-masing.

Sinar Harian pada Ahad semalam melaporkan, seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Galas di Pengkalan Lan, Kampung Kuala Gris di sini menjadi mangsa korban pertama banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas pada Ahad.

Mayat Mohamad Ishak, 70, ditemui pada jam 7 malam oleh penduduk setempat.

Artikel Berkaitan: