Konflik Ukraine: Rakyat Malaysia dijadual pulang ke tanah air esok

Keadaan jalan di Kiev yang dilihat lengang. -Foto EPA
Keadaan jalan di Kiev yang dilihat lengang. -Foto EPA
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang 'terkandas' di Ukraine dijadual berlepas pulang ke tanah air esok melalui penerbangan komersial.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, kumpulan tersebut akan berlepas dari Warsaw selepas berjaya meninggalkan Kiev melalui jalan darat pada petang 25 Februari dan memasuki Poland pada malam berikutnya.

Ketibaan kumpulan tersebut di sempadan Poland sebelum itu dibantu oleh dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw iaitu Kuasa Usaha Sementara, Fadhilah Daud dan Setiausaha Kedua, Aminuddin Osman.

"Sebelum ini, 13 warganegara Malaysia telah meninggalkan Ukraine dalam tempoh 14-25 Februari atas nasihat Kedutaan Besar Malaysia di Kiev susulan kenyataan media Kementerian Luar Negeri (KLN) pada 14 Februari.

"KLN kesal dengan laporan beberapa media dengan tajuk-tajuk sensasi dan mengelirukan serta komen-komen di media sosial yang tidak berasas dan menyimpang daripada situasi sebenar berhubung pelaksanaan misi ini," kata kenyataan itu.

Portal South China Morning Post sebelum ini melaporkan, diplomat Malaysia yang terkandas di Kiev didakwa dalam perjalanan ke negara jiran, Poland melalui jalan darat selepas tidak berjaya menyelamatkan diri apabila tentera Rusia menghampiri ibu negara Ukraine.

Artikel Berkaitan: