Patuhi arahan parti dalam apa jua situasi: Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan setiap ahli Pas perlu mematuhi arahan yang ditetapkan parti dalam apa jua situasi kecuali bercanggah dengan Islam.

Beliau berkata, seseorang ahli yang bertindak melanggar arahan boleh menyebabkan keahlian mereka terlucut.

“Itu disiplin seorang ahli Pas, akibat tidak mengikut arahan parti terlucut keahlian,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai membalas hantaran Facebook calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Najib yang merupakan calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan satu-satunya wakil rakyat parti berkenaan sebelum DUN dibubarkan pada 22 Januari lalu sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan PRN Johor.

Pada Hari Penamaan Calon PRN Johor bagi kerusi DUN Bukit Pasir, Najib akan menentang Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN), Elia Nadira Sabudin (PH), Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN) dan Johar Siraj (Bebas).

Mohd Khairuddin pada masa sama berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan muhasabah bagi mengenal pasti punca berlakunya perkara sedemikian.

“Ia sebagai pengajaran dan sempadan kecualilah parti tidak pernah merasa kerugian dan kehilangan seorang ahli.

Artikel Berkaitan:

“Percaturan politik dalaman mungkin menjadi sebab di saat ukhuwah dan semangat kekeluargaan tidak menjadi wadah penyelesaian,” jelasnya.