RM293.93 juta selenggara skim perumahan

Kon Yeow (kanan) dan Jagdeep (dua dari kanan) berbual bertemu penduduk yang menerima sumbangan bakul makanan pada Ahad.
Kon Yeow (kanan) dan Jagdeep (dua dari kanan) berbual bertemu penduduk yang menerima sumbangan bakul makanan pada Ahad.
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan sebanyak RM293.93 juta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan untuk semua skim perumahan awam dan swasta yang layak sehingga 25 Februari lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah itu membabitkan penyelenggaraan perumahan awam iaitu sebanyak RM214.3 juta; penyelenggaraan perumahan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (RM24.8 juta), penyelenggaraan perumahan di bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (RM4.6 juta) dan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang (RM50.3 juta).

"Peruntukan berkenaan juga untuk membantu rakyat selari dengan hasrat Pulau Pinang ke arah merealisasikan Visi Penang2030," katanya ketika ketika berucap di Majlis Pemberian Bakul Makanan Di Perumahan Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini pada Ahad.

Turut hadir, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang memohon kerajaan Persekutuan memberikan perhatian dan bantuan terhadap isu penyelenggaraan membabitkan pelbagai skim perumahan di negeri ini.

Kerajaan Pulau Pinang juga mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung kos penyelenggaraan untuk skim perumahan awam dan swasta di negeri ini berjumlah RM134.76 juta bagi 2022.

Pulau Pinang menerima peruntukan penyelenggaraan berjumlah RM32 juta pada 2020 selain RM15 juta pada 2021.

Sementara bagi tahun ini, kerajaan negeri memohon lebih RM100 juta dengan menyenaraikan perincian projek yang diperlukan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, terdapat sembilan Skim Perumahan Awam Kos Rendah termasuk tiga skim Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dipilih dalam siri jelajah untuk menerima sumbangan bakul makanan kepada kelompok terkesan terutama ketika pandemik Covid-19.

"Secara keseluruhannya, sebanyak 1,000 buah bakul makanan disediakan untuk sembilan skim perumahan itu. Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya.