Serah kepada pucuk pimpinan tentukan kerjasama PH dengan Muda

muda PKR
muda PKR
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan berhubung status kerjasama dengan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, pihaknya kekal dengan kenyataan sama seperti sebelum ini yang menggesa sebarang kerjasama politik antara PKR dan Pakatan Harapan (PH) bersama Muda dihentikan serta-merta susulan tindakan Muda meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana mahu memfokuskan kepada gerak kerja dalam PRN Johor.

"Saya tak nak komen lebih, pendirian saya sama seperti seperti kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Halimey
Halimey

" Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dah ulas mengenai perkara ini, ia sudah mencukupi, " katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Muda yang kekal meletakkan calon di DUN Larkin yang menyebabkan berlaku pertembungan dengan calon PKR.

Mengulas lanjut katanya, PKR Selangor memfokuskan kerja membantu calon parti itu yang bertanding di 20 kerusi bagi PRN Johor dijadualkan berlangsung pada 12 Mac.

"Kita mahu pastikan PKR menang di semua kerusi yang dipertandingkan termasuk DUN Larkin.

"Status dengan Muda kita fikirkan kemudian, bergantung kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan," katanya.