Presiden Ukraine sedia runding dengan Rusia

KIEV- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy umum negara itu terbuka untuk berunding dengan Rusia.
Kata Zelenskyy, rundingan satu-satunya yang boleh dilakukan ketika ini.
Menurut beliau, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev sudah menawarkan diri menjadi penaja bagi rundingan berkenaan.
"Presiden Azerbaijan dan Presiden Turki menawarkan diri untuk menganjurkan rundingan dengan Rusia.
"Sekatan ke atas laluan kapal perang ke laut hitam adalah sesuatu yang penting. Ia telah dilakukan," katanya.
Turki bagaimanapum belum umum sebarang sekatan ke atas kapal perang Rusia untuk melalui Selat Turki.
Sementara itu, Zelenskyy memaklumkan diplomat Ukraine berjaya memujuk negara sekutunya memutuskan sistem pembayaran antarabangsa (Swift).
Tindakan itu dakwa beliau akan menjejaskan Rusia.
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebelum ini yakin penggantungan Rusia daripada sistem Swift adalah sebahagian daripada siri sekatan baharu yang akan dikenakan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
AS-Iran setuju henti serangan
'Saya tidak takut mati' - Sheikh Hasina mahu pulang ke Bangladesh
Angka kematian gempa bumi Venezuela cecah 1,450
Wabak hantavirus hampir berakhir - Ketua WHO
200 ahli PKR keluar parti, umum sertai MIC
Dua rakyat Malaysia terkena letupan bom di Tak Bai
Bekas OCPD Temerloh diarah bela diri 46 pertuduhan rasuah
Lelaki rentung dalam letupan kereta, cubaan bunuh bekas kekasih gagal
