Pemandu kereta selamat walaupun dilenyek kenderaan anti-pesawat

Seorang pemandu kereta selamat walaupun keretanya dilenyek dengan sebuah kenderaan anti-pesawat buatan Rusia baru-baru ini. - Foto wheeeezyracha/Twitter
Seorang pemandu kereta selamat walaupun keretanya dilenyek dengan sebuah kenderaan anti-pesawat buatan Rusia baru-baru ini. - Foto wheeeezyracha/Twitter
A
A
A

KIEV - Seorang pemandu lelaki warga Ukraine ditarik hidup-hidup dari keretanya yang remuk selepas dilenyek dengan sebuah kenderaan anti-pesawat buatan Rusia di Kiev, ibu kota negara itu baru-baru ini.

Akibat dilenyek kenderaan anti-pesawat itu, kereta tersebut ranap teruk.

Kenderaan anti-pesawat tersebut berhenti seketika di atas remukkan kereta itu sebelum ia berundur semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa orang yang menyaksikan kejadian tersebut termasuk dari tingkap sebuah bangunan menjerit di lokasi berdekatan.

Kenderaan anti-pesawat itu dipercayai dipandu oleh beberapa orang yang pro-Rusia.

Orang ramai kemudiannya membantu mengeluarkan lelaki tua itu.

Kenderaan anti-pesawat itu dipercayai model Strela-10. - Agensi

Artikel Berkaitan: