100,000 penduduk Ukraine lari ke Poland

Wanita dan kanak-kanak Ukraine menyeberangi sempadan Poland untuk mendapatkan perlindungan. - AFP
Wanita dan kanak-kanak Ukraine menyeberangi sempadan Poland untuk mendapatkan perlindungan. - AFP
A
A
A

WARSAW - Timbalan Menteri Dalam Negeri Poland, Pawel Szefernaker berkata, hampir 100,000 rakyat Ukraine menyeberangi sempadan ke negara itu sejak Rusia menceroboh negara sedang dilanda peperangan itu.

"Dari mula perang di Ukraine sehingga hari ini di sepanjang sempadan dengan Ukraine, seramai 100,000 orang sedang menuju ke Poland," kata Szefernaker memberitahu wartawan di kampung bersempadan dengan Medyka, tenggara Poland.

Katanya, sebanyak 90 peratus pelarian mempunyai tempat perlindungan sementara di Poland seperti tinggal di rumah keluarga dan kawan dan selebihnya menetap di sembilan pusat pemindahan yang dibina di sepanjang sempadan.

Tambahnya, pusat itu menyediakan makanan dan bantuan perubatan.

Ketua Pengawal Sempadan Poland, Tomasz Praga berkata, hampir 50,000 orang turut menyeberangi Poland dari Ukraine.

"Dalam kemas kini menyatakan hampir 116,000 orang telah melarikan diri ke negara jiran sejak 24 Februari, terutamanya Poland, Hungary, Moldova, Slovakia dan Romania, menurut ciapan agensi pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Twitter. - AFP

Artikel Berkaitan: