Tiada ikan hidup dari Jepun diimport ke Malaysia

Patung ikan dilekatkan dengan tanda radioaktif ketika demonstrasi di Korea bagi membantah tindakan Jepun melepaskan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik. - AFP Foto: AFP
Patung ikan dilekatkan dengan tanda radioaktif ketika demonstrasi di Korea bagi membantah tindakan Jepun melepaskan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik. - AFP Foto: AFP
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia tidak mengimport ikan laut hidup dari Jepun.

Penasihat Khas kepada Menteri Kesihatan, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Perkhidmatan Pemeriksaan Kuarantin Malaysia (Maqis) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memantau tahap isu keselamatan makanan termasuk pemeriksaan pensijilan kesihatan dan radiasi selepas diimport.

"Buat masa ini, tiada ikan laut hidup dari Jepun diimport," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap isu keselamatan makanan.

"Makanan yang diimport berisiko tinggi dari Jepun tertakluk kepada pemeriksaan Tahap 4 (pemantauan) bagi menyaring unsur radioaktif," katanya.

Ujar Dr Kelvin, tindakan itu dilakukan KKM menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika berlakunya risiko.

"Ia termasuk memantau import makanan Jepun dari Mei 2011 hingga April 2012, susulan gempa bumi yang membawa kepada kemusnahan tiga kali ganda kepada loji berkenaan.

"Sampel dikumpulkan dan dianalisis untuk memastikan semuanya berada dalam had kawal selia di bawah Peraturan 37 Peraturan Makanan 1985, dengan panduan daripada Piawaian Umum untuk Bahan Pencemar dan Toksin dalam Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)," katanya.

Pelbagai pihak membangkitkan kebimbangan susulan tindakan Tokyo melepaskan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik bermula Khamis.

Ia mendorong China, Hong Kong dan Korea Utara mengambil tindakan segera menyekat produk hasil laut negara Matahari Terbit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jepun teruskan pelepasan air radioaktif - Korea Selatan

Pelepasan air radioaktif: Malaysia belum muktamad sekatan produk laut Jepun

Pelepasan air radioaktif: Penduduk dunia resah pengambilan makanan laut dari Jepun

Tiada peningkatan aras radioaktif di perairan negara dikesan

Pelepasan air terawat Fukushima, Jepun pantau rapat situasi

Pakar kecewa keputusan Jepun teruskan pelepasan sisa air Fukushima