Proses penamaan calon PRN Johor berjalan lancar

Anggota dan pegawai polis tiba seawal 6.30 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling ketika tinjauan di Dewan Jubli Intan, hari ini ini. - Foto Bernama
Anggota dan pegawai polis tiba seawal 6.30 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling ketika tinjauan di Dewan Jubli Intan, hari ini ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor di 56 pusat penamaan calon berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

Jurucakap bagi PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, proses penamaan melibatkan 239 calon di seluruh negeri bermula jam 9 pagi pada Sabtu.

"Secara keseluruhannya, proses penamaan dalam suasana aman dan terkawal. Calon mempamerkan sikap yang profesional serta penyokong mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Sehingga kini tiada insiden yang tidak diingin dilaporkan berlaku," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Polis Johor menasihatkan semua parti, kumpulan penyokong dan orang ramai patuh segala prosedur operasi standard ( SOP) pencegahan Covid-19 dan undang-undang yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: