Leicester, Rennais berentap pusingan 16 terbaik

Anak buah Rodgers akan berdepan cabaran Stade Rennais pada pusingan16 terbaik Liga Konferens.
Anak buah Rodgers akan berdepan cabaran Stade Rennais pada pusingan16 terbaik Liga Konferens.
A
A
A

KELAB sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City kendalian Brendan Rodgers akan berdepan cabaran kelab Ligue 1 Perancis, Stade Rennais dikemudi Bruno Génésio pada peringkat 16 terbaik Liga Konferens selepas undian, awal pagi Sabtu.

Satu lagi jagoan Perancis, Olympique de Marseille kendalian Jorge Sampaoli akan menentang kelab Switzerland FC Basel, manakala wakil Eredivisie Belanda, Vitesse Arnhem berdepan jagoan Serie A, AS Roma pimpinan José Mourinho

Kelab Liga Super Greece, PAOK dikemudi Răzvan Lucescu pula akan berdepan kelab Divisyen Satu A, Belgium Belgian KAA Gent, manakala satu lagi wakil Belanda PSV, Eindhoven menentang kelab Superliga Denmark, FC Copenhagen sementara kelab Liga Satu Czech First Slavia Prague diundi berdepan cabaran kelab Bundesliga Austria, LASK Linz

Kelab penuh kejutan dari Norway, Bodo/Glimt diundi menentang wakil Belanda AZ Alkmaar manakala kelab SuperLiga Serbia Partizan Belgrade berdepan satu lagi wakil Belanda, Feyenoord Rotterdam.

PUSINGAN 16 TERBAIK

Leicester City lwn Stade Rennais

Olympique de Marseille lwn Basel

Vitesse Arnhem lwn AS Roma

Artikel Berkaitan:

PAOK lwn Gent

PSV Eindhoven lwn FC Copenhagen

Slavia Prague lwn LASK Linz

Bodo/Glimt lwn AZ Alkmaar

Partizan Belgrade lwn Feyenoord Rotterdam