Arsenal pencabar utama City di EPL

Arsenal merupakan antara pencabar terkuat City di EPL musim depan.
Arsenal merupakan antara pencabar terkuat City di EPL musim depan.
A
A
A

HARRY Redknapp menamakan Arsenal sebagai pencabar utama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

City memenangi kejuaraan liga ketiga berturut-turut musim lalu selepas mengenepikan cabaran Arsenal pada penghujung musim.

The Gunners berada di puncak liga selama 248 hari tetapi tewas dalam beberapa perlawanan terakhir untuk menamatkan kempen lima mata di belakang City.

Manchester United pula menduduki tempat ketiga dalam musim pertama Erik ten Hag di Old Trafford dan turut menjulang trofi pertama mereka sejak 2017 menewaskan pasukan tangga keempat, Newcastle dalam perlawanan akhir Piala Liga.

Liverpool hampir terlepas Liga Juara-Juara buat kali kedua di bawah kendalian Jurgen Klopp, manakala Chelsea hanya menduduki tempat ke-12 dalam EPL selepas kempen buruk di bawah tiga pengurus berbeza.

Manchester United, Liverpool dan Chelsea berharap untuk mencabar City musim depan tetapi bekas pengurus berpengalaman EPL itu menjangkakan Arsenal akan menjadi cabaran utama untuk tahun kedua berturut-turut selepas menandatangani Declan Rice.

The Gunners bersedia untuk menggunakan Rice, pemain baru yang ditandatangani kelab mereka selepas bersetuju untuk membayar West Ham lebih £100m (RM599.32 juta) untuk pemain tengah England itu.

"Saya kesal melihat dia meninggalkan West Ham. Saya berharap West Ham akan mengekalkannya untuk beberapa tahun lagi sekurang-kurangnya.

"Tetapi saya fikir dia pasti akan meningkatkan peluang Arsenal untuk menamatkan saingan di atas Man City tahun depan dan ia tidak mudah.

"Man City akan pilihan utama sekali lagi. Tetapi Arsenal mempunyai beberapa pemain yang bagus, saya fikir mereka akan menjadi sangat kuat," kata Redknapp.