Kaherah ikrar 'jaga' rakyat Rusia, Ukraine terkandas di Mesir

Aktivis antiperang berhimpun di Dataran Lafayette di Washington DC bagi memprotes tindakan Rusia menceroboh Ukraine. - AFP
Aktivis antiperang berhimpun di Dataran Lafayette di Washington DC bagi memprotes tindakan Rusia menceroboh Ukraine. - AFP
A
A
A

KAHERAH - Mesir pada Khamis berkata ia akan menjaga kebajikan rakyat Rusia dan Ukraine yang terkandas di negara itu akibat pembatalan penerbangan berpunca daripada konflik Moscow-Kiev.

Menurut Kementerian Pelancongan, pengembara daripada negara yang mengalami gangguan perjalanan udara boleh terus menginap di hotel sehingga keadaan selamat untuk pulang ke tanah air.

Keputusan itu susulan pembatalan penerbangan selepas Rusia menghantar tentera merentasi sempadan ke Ukraine pada awal Khamis.

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan Rusia mengumumkan pembatalan penerbangan dari 11 lapangan terbang di selatan Rusia dan satu di Crimea yang dikawal Moscow.

Syarikat penerbangan Perancis Air France dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthasa juga telah menggantung penerbangan ke Ukraine.

Hotel-hotel di sepanjang pantai Laut Merah popular dalam kalangan pelancong Rusia dan Ukriane.

Pelancongan mewakili kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Mesir, di mana satu pertiga daripada 100 juta penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan.

Penerbangan terus dari Rusia ke bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikj hanya disambung semula pada tahun lalu, berikutan larangan Moscow berhubung pesawat yang ditembak jatuh pada 2015 yang meragut 224 nyawa kebanyakannya penumpang Rusia.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut. - AFP