Lapan rumah rosak akibat ribut di Yan

Antara kediaman yang rosak akibat kejadian ribut di daerah Yan pada petang Khamis. - Foto APM KEDAH
Antara kediaman yang rosak akibat kejadian ribut di daerah Yan pada petang Khamis. - Foto APM KEDAH
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak lapan buah rumah mengalami kerosakan dalam kejadian ribut melibatkan enam kampung di daerah Yan pada jam kira-kira 2 petang Khamis.

Menurut Pegawai Pertahanan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, hujan lebat berserta angin kencang telah berlaku di beberapa tempat sehingga memberikan kesan di Mukim Sungai Daun, Mukim Yan, Mukim Dulang dan Mukim Sala Besar.

"Kejadian itu menyebabkan kerosakan dua buah rumah di Kampung Kuala Sungai Limau, Kampung Batu 18 (dua) dan masing-masing sebuah di Kampung Tengah Sungai Limau, Kampung Kuala Sedaka, Kampung Kuala Sungai Yan dan Kampung Dulang Besar.

"Jumlah rumah yang terjejas mungkin akan ada pertambahan," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Norlizawati berkata, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat beberapa kediaman mengalami kerosakan teruk dan anggotanya masih lagi membuat pemeriksaan di kawasan terjejas.

Artikel Berkaitan: