Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit merosot berbanding dolar AS pada pembukaan Khamis. - Foto 123RF
Ringgit merosot berbanding dolar AS pada pembukaan Khamis. - Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan Khamis, berikutan ketegangan geopolitik global tetapi ahli ekonomi percaya bahawa krisis Rusia-Ukraine yang sedang berlaku ini akan memberikan sokongan kepada mata wang tempatan pada masa depan.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1880/1905 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, masih belum dapat dilihat bagaimana konflik itu dapat diselesaikan tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi, yang akan terus meningkat.

"Negara pengeksport komoditi perlu meraih manfaat daripada perolehan yang tinggi selain memberi tekanan yang lebih tinggi terhadap inflasi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, komoditi utama seperti minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah (MSM) akan membantu menyokong ekonomi Malaysia dengan MSM kini diniagakan lebih RM6,000 satu metrik tan.

"Ini akan meningkatkan pendapatan kawasan luar bandar yang kemudiannya akan membawa kepada perbelanjaan. Oleh itu, ringgit akan disokong dengan baik pada paras semasa pada RM4.18 hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1071/1091 daripada 3.1114/1141 semalam, rendah berbanding pound kepada 5.6668/6702 daripada 5.6885/6925 dan naik berbanding euro kepada 4.7241/7269 daripada 4.7481/7515.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding yen kepada 3.6449/6471 daripada 3.6352/6381 sebelum ini. - Bernama