Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgiyt dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin di tengah-tengah sentimen berhati-hati berterusan berkisarkan kepada pertumbuhan global. - Gambar hiasan
Ringgiyt dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin di tengah-tengah sentimen berhati-hati berterusan berkisarkan kepada pertumbuhan global. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin di tengah-tengah sentimen berhati-hati berterusan berkisarkan kepada pertumbuhan global.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.6160/6205 berbanding dolar AS daripada 4.6130/6165 pada penutup Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dagangan ringgit dijangka kekal dalam julat yang ketat hari ini berikutan ketidaktentuan yang berlaku pada kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

"Pelabur juga akan memantau testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell kepada Jawatankuasa Ekonomi Bersama pada Khamis untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana Fed akan menetapkan dasar monetarinya pada separuh kedua 2023,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9177/9235 daripada 5.9014/9059 pada Jumaat lepas tetapi menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2523/2557 daripada 3.2721/2748 serta mengukuh berbanding euro kepada 5.0481/0530 daripada 5.0503/0541 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2846/3041 daripada 13.2974/3140 minggu lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4471/4510 daripada 3.4513/4542.

Bagaimanapun, unit tempatan lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 308.9/309.4 daripada 308.7/309.1 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.26/8.27 minggu lepas. - Bernama