Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6325/6385 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6350 pada penutup semalam. - Gambar hiasan
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6325/6385 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6350 pada penutup semalam. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang lemah terhadap mata wang tempatan, kata seorang pakar ekonomi.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6325/6385 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6350 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit juga lemah berbanding pound British dan euro berikutan pendirian di Bank of England dan Bank Pusat Eropah yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.

"Persekitaran luaran kelihatan semakin tidak menentu apabila bank pusat utama kekal bertegas dengan azam mereka untuk menurunkan inflasi.

"Sehubungan itu, gandingan US/Ringgit dijangka kekal sekitar RM4.62 berikutan sentimen pasaran yang lemah," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9296/9373 daripada 5.9242/9351 pada Isnin, turun berbanding yen Jepun menjadi 3.2598/2643 daripada 3.2588/2650 dan lemah berbanding euro kepada 5.0582/0648 daripada 5.0470/0563 sebelumnya.

Begitu juga, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3152/3378 daripada 13.2926/3236 semalam dan lebih rendah berbanding dolar Singapura menjadi 3.4540/4590 berbanding 3.4490/4556.

Ringgit turut lemah berbanding rupiah Indonesia pada 308.9/309.4 daripada 308.5/309.2 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.30/8.32. - Bernama