Lelaki rentung MPV terbakar

Seorang lelaki maut selepas kenderaan MPV dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan terbakar di susur keluar Tol Bukit Tagar di Kilometer 428 Lebuh Raya Utara Selatan pada Khamis.
Seorang lelaki maut selepas kenderaan MPV dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan terbakar di susur keluar Tol Bukit Tagar di Kilometer 428 Lebuh Raya Utara Selatan pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan terbakar di susur keluar Tol Bukit Tagar di Kilometer 428 Lebuhraya Utara Selatan pada Khamis.

Mangsa maut dikenali sebagai, Hong Beng Aun, berusia 46 tahun, ditemui rentung di dalam kenderaan terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 pagi.

"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, sejurus tiba bomba mendapati kebakaran membabitkan kenderaan MPV yang musnah 90 peratus.

"Pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran pam dari tangki jentera," ujarnya.

Katanya, terdapat seorang mangsa rentung dalam kebakaran itu berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan road traffic accident (RTA).

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.15 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: