Polis 'buru' pemandu terbabas rempuh pembahagi jalan

Kenderaan jenis Toyota Vios dipercayai dipandu secara melulu sebelum terbabas dalam kemalangan di Kilometer 19 Lebuhraya Persekutuan di sini pada Selasa.
Kenderaan jenis Toyota Vios dipercayai dipandu secara melulu sebelum terbabas dalam kemalangan di Kilometer 19 Lebuhraya Persekutuan di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kenderaan dipercayai dipandu secara melulu sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 19 Lebuhraya Persekutuan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut kemudiannya dikesan menjadi tular di media sosial.

"Siasatan mendapati kenderaan jenis Toyota Vios tersebut dipandu dengan laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di lokasi kejadian.

"Polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, siasatan berkaitan kemalangan itu dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya Inspektor M.Sivam di talian 0173290749 atau 0379662222," katanya.

Pada Selasa, tular kemalangan melibatkan sebuah kereta yang merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Persekutuan di sini.

Kejadian dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya tersebut yang melalui lokasi kemalangan ketika itu.