Pandemik boleh berulang, menabunglah tak kira kaya atau miskin

Menyimpan wang untuk masa depan bergantung kepada sikap diri sendiri. - Gambar hiasan Foto 123RF
Menyimpan wang untuk masa depan bergantung kepada sikap diri sendiri. - Gambar hiasan Foto 123RF
A
A
A

MEMILIKI pendapatan tinggi tidak menjamin seseorang itu boleh menyimpan banyak wang. Bagi individu berpendapatan rendah pula, kebanyakan mengeluh kononnya sukar menyimpan kerana gaji kecil.

Hakikatnya, menyimpan wang untuk masa depan bergantung kepada sikap diri sendiri. Sebab itu, kerajaan berusaha mendidik rakyat supaya mengamalkan sikap suka menabung sejak dari kecil.

Merak Jalanan ada ramai kawan dalam kelompok B40 yang hidup sederhana dengan pendapatan tidak tetap mempunyai simpanan lebih banyak berbanding individu M40.

Mereka juga berbelanja seperti orang lain kerana ada komitmen tertentu seperti bayaran ansuran kereta. Cuma kelebihan mereka ialah disiplin tinggi untuk menyimpan wang walaupun RM50 sebulan.

Tetapi ini tidak bermakna semua B40 itu suka menyimpan wang atau golongan M40 boros berbelanja. Bagi Merak Jalanan, sesiapa sahaja akan gagal menyimpan wang jika tiada sikap suka menabung. Tidak kira orang kaya atau yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Pandemik Covid-19 mengajar kita semua betapa pentingnya wang simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan. Beruntunglah bagi mereka yang menabung lebih awal dan bagi mereka yang tiada simpanan mencukupi, ia pasti satu tempoh mencabar.

Merak Jalanan simpati dengan mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan atau perniagaan ditutup akibat pandemik ini. Diharap sokongan dan bantuan disalurkan kerajaan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Situasi sebegini tidak mustahil boleh berlaku lagi pada masa hadapan. Oleh itu, jangan ulangi kesilapan sama. Semaikan sikap suka menabung dan menyimpan wang tanpa mengira pangkat serta darjat.

Artikel Berkaitan:

Paling penting, jangan dilupakan soal keberkatan sumber pendapatan. Ini bagi memastikan rezeki diperoleh itu cukup walaupun sedikit.