Siapa pula selepas Syed Saddiq?

Syed Saddiq menamatkan larian sejauh 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan Mahkamah Persekutuan.
Syed Saddiq menamatkan larian sejauh 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan Mahkamah Persekutuan.
A
A
A

FENOMENA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Sama ada disukai atau tidak, Ahli Parlimen Muar itu berjaya mencipta caranya yang tersendiri untuk terus kekal dekat dengan rakyat.

Ketika kebanyakan ahli politik bergantung pelbagai saluran bantuan dan peruntukan, Syed Saddiq berada dalam keadaan berbeza. Tanpa peruntukan seperti dinikmati kebanyakan ahli Parlimen kerajaan, beliau perlu mencari jalan lain membantu penduduk kawasannya.

Apa yang menarik perhatian Merak Jalanan, beliau tidak memilih untuk merungut setiap hari atau sekadar menjadikan kekurangan itu sebagai modal politik. Sebaliknya, beliau terus mencari idea bagi mendapatkan dana untuk membantu rakyat Muar.

Bakul makanan, komputer riba, tablet untuk pelajar dan pelbagai lagi keperluan asas berjaya disediakan hasil usaha serta kreativiti yang kadangkala di luar kebiasaan ahli politik.

Terbaharu, beliau menamatkan larian sejauh 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan Mahkamah Persekutuan. Lebih mengagumkan, larian tersebut bukan sekadar simbolik, malah berjaya mengumpulkan lebih RM650,000 untuk disalurkan kembali kepada rakyat Muar.

Merak Jalanan tengok ramai yang turun beri sokongan sepanjang laluan larian itu. Mungkin ada antara mereka tidak menyokong parti yang diwakili Syed Saddiq. Namun, Merak Jalanan percaya ramai yang menghargai usaha dan kesungguhannya membantu rakyat tanpa banyak alasan.

Sebelum ini beliau pernah mendaki Gunung Kinabalu, menjadi model pakaian dan menawarkan diri membotakkan kepala demi mengumpul dana.

Persoalannya, selepas ini siapa pula yang berani melakukan ‘kerja gila’ seperti Syed Saddiq?

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!