Aidi dilantik Pengarah JPJKK baharu

Aidi (kanan) dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.
Aidi (kanan) dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

Pemangku Pengarah JPJKK, Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Aidi dalam satu majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman pada Rabu.

Majlis itu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Razarudin berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Aidi mampu memikul amanah yang diberikan ini dengan cemerlang.

"Sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran yang mendatang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada majlis itu turut berlangsung penyerahan jawatan pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JPJKK, Datin Nor Hamiah Abdul Hamid kepada Datin Raja Asaudat Raja Muda dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi Perkep Malaysia, Datin Zainah Othman.

Artikel Berkaitan: