Pengarah syarikat direman kes rasuah RM2 juta

Seorang pengarah syarikat direman tujuh hari sehingga 1 Mac depan bagi membantu siasatan kes rasuah RM2 juta dipercayai bagi kerja-kerja pembinaan jalan keretapi dan pembangunan pelabuhan di Songkhla, Thailand.
Seorang pengarah syarikat direman tujuh hari sehingga 1 Mac depan bagi membantu siasatan kes rasuah RM2 juta dipercayai bagi kerja-kerja pembinaan jalan keretapi dan pembangunan pelabuhan di Songkhla, Thailand.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rasuah RM2 juta dipercayai bagi kerja-kerja pembinaan jalan keretapi dan pembangunan pelabuhan di Songkhla, Thailand.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan lelaki berusia 63 tahun berkenan.

Tahanan reman tujuh hari itu bermula hari ini sehingga 1 Mac depan.

Pada Selasa, SPRM menahan lelaki itu berkenaan kes rasuah kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ia dikatakan sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand pada 2016 dan 2017.

Menurut sumber SPRM, agensi itu telah melakukan penggeledahan di pejabat dan rumah lelaki itu dan membuat pengesanan saksi yang terlibat.

SPRM juga merakam kenyataan suspek bagi mendapatkan maklumat berkaitan saksi yang terlibat.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: