Diberkas curi pam air RM3,000

Tiga sekawan diberkas polis pada Isnin selepas dipercayai mencuri pam air bernilai RM3,000 milik sebuah syarikat di Bandar Putera Klang, di sini. - Gambar hiasan
Tiga sekawan diberkas polis pada Isnin selepas dipercayai mencuri pam air bernilai RM3,000 milik sebuah syarikat di Bandar Putera Klang, di sini. - Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Padah tiga sekawan apabila diberkas polis pada Isnin selepas dipercayai mencuri pam air bernilai RM3,000 milik sebuah syarikat di Bandar Putera Klang, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30 hingga 42 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah ini kira-kira jam 7 petang.

"Suspek pertama warga tempatan ditahan di Bandar Botanik manakala dua lagi suspek warga Bangladesh dan India ditahan di Jalan Sungai Jati, Klang.

"Hasil tangkapan ini membawa rampasan sebuah kereta jenis Proton Saga serta beberapa komponen mesin pam yang telah dileraikan," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes curi pam air bernilai kira-kira RM3,000 itu.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek kini telah direman sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu lalu, polis menerima satu laporan daripada seorang pengurus syarikat yang memaklumkan premis kilang dua tingkat yang memproses minyak hitam telah dimasuki individu dan melarikan pam air menaiki sebuah kereta.

Artikel Berkaitan: